Azzin Izzad menang Ketua AMK Padang Besar - Utusan Malaysia

Azzin Izzad menang Ketua AMK Padang Besar

Ahmad Azzin Izzad Bahanudin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri, Ahmad Azzin Izzad Bahanudin tidak berdepan masalah memenangi jawatan Ketua AMK cabang Padang Besar dalam pemilihan parti itu semalam.

Ahmad Azzin yang memperoleh 100 undi menewaskan pencabarnya, Muhammad Bahtiar Abd. Malik mendapat 73 undi.

Sementara itu, Zainol Samah memenangi jawatan Ketua PKR cabang Padang Besar dalam pertembungan lima penjuru.

Zainol yang memperolehi 161 undi mengatasi empat pencabar lain iaitu Zainol Sabu yang mendapat 119 undi, Raskhairulimran Raszali (113 undi), Tengku Najmi Tengku Adlin (83 undi) dan Shaari Jusoh Chop (75 undi).

Jawatan Timbalan Ketua PKR cabang Padang Besar pula dimenangi Cheng Chee Yang memperoleh 293 undi mengatasi pencabarnya Abdul Rahman Hamzah dan Ismail Abidin yang masing-masing mendapat 135 serta 112 undi.

Bagi jawatan Naib Ketua PKR cabang pula dimenangi Hanif Haris yang memperoleh 143 undi mengatasi empat pencabar lain.

Jawatan Ketua Wanita PKR cabang Padang Besar pula dimenangi Roha Hamzah yang memperoleh 138 undi mengatasi pencabarnya, Zainab Ibrahim yang mendapat 60 undi.

Di Arau, Manivanan Karuppiah yang memperoleh 369 undi jauh meninggalkan tiga pencabarnya bagi memenangi jawatan ketua cabang di situ.

Jawatan Timbalan Ketua Cabang PKR Arau pula dimenangi Hasparizal Hassan manakala Naib Ketua cabang diungguli oleh Yogabalan Innashi.

Mohd Ashraf Ahmad Sabki pula menang tanpa bertanding jawatan Ketua AMK cabang itu sementara Mariammah Sandamurthi menang jawatan ketua wanita kawasan tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya