Aslam oh Aslam, dari awal kantoi aku dah lempang, beri amaran - Suami Abby Abadi - Utusan Malaysia

Aslam oh Aslam, dari awal kantoi aku dah lempang, beri amaran – Suami Abby Abadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Aslam oh Aslam, selama ini aku diam sahaja pasal apa kau buat. Dari awal kes kantoi aku sudah lempang kau siap amaran lagi sampailah kejadian itu.”

Demikian dakwa suami kepada pelakon, Abby Abadi,
Muhammad Faizal Zakaria yang turut enggan berdiam diri dari menghentam Aslam dalam sebuah hantaran di Threads.

Dakwa Faizal, dia pernah menampar dan memberi amaran kepada Aslam agar tidak menganggu anak tirinya, Marissa Dania sebelum mereka berkahwin secara rahsia di Thailand.

Namun, lelaki itu enggan mendedahkan lebih lanjut tentang butiran tindakannya sehingga terpaksa bertindak demikian.

“Aku tak nak cerita fasal itu,” dakwanya.

Dalam pada itu, Faizal turut menyifatkan Aslam seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab selain menegaskan dia tidak pernah memohon maaf atas perbuatannya.

Malah, suami kepada pelakon drama bersiri, Gerak Khas itu juga memaklumkan dia tidak pernah lupa akan setiap tingkah laku Aslam sebelum ini.

“Kau sejak kes itu tak pernah ada perkataan minta maaf pun, tak pernah datang berdepan mengaku apa kau buat.

“Yang kau tahu buat ‘macho’ seolah-olah tidak ada kesalahan. Kau memang tak ada tanggungjawab pun.

“Kau ingat setiap apa yang berlaku boleh hilang macam itu je ke? Maaf ya tidak pernah hilang dalam fikiran aku,” tegasnya.

Semalam, Aslam tampil memohon maaf secara terbuka kepada pemilik nama lengkap Arbaiyah Abdul Manan, 47, selain menegaskan keputusan berpoligami adalah untuk menjaga nama baik keluarga serta maruah Marissa.

Permohonan maaf itu dilakukan sejurus Abby meluahkan rasa hairan apabila ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada madu Marissa iaitu Umisya Mazlan, pada Selasa lalu.

Terdahulu, nama Marissa menjadi bualan ramai pada Januari tahun lalu selepas bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Pasangan terbabit dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan dan keluarga Marissa, termasuk ibu dan bapanya iaitu pelakon, Norman Hakim.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya