ASEAN: KPM sedang kenal pasti sekolah laksana PdPR

ASEAN: KPM sedang kenal pasti sekolah laksana PdPR

FADHLINA Sidek (empat dari kiri) pada Majlis Simbolik Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian Seragam Murid di bawah Institusi Pendidikan KPM di SMK Datuk Haji Ahmad Badawi Kepala Batas, Pulau Pinang. - UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mengenal pasti sekolah yang berdepan masalah trafik semasa Sidang Kemuncak ASEAN pada Mei dan Oktober ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kementerian akan mempertimbangkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) bagi sekolah terbabit sekaligus memastikan kelancaran proses pembelajaran sepanjang tempoh berkenaan.

“Memang ada perbincangan dan kita sedang mengenal pasti sekolah-sekolah yang terlibat selain mahu memastikan Sidang Kemuncak ASEAN juga berjalan dengan lancar. Itu antara perkara yang dibincangkan untuk mengelakkan kesesakan jalan raya.

“Memang tidak ada masalah, malah kita bersedia untuk proses tersebut selain turut memberikan komitmen sepenuhnya berhubung pelaksanaan PdPR ini,” katanya mengulas sama ada KPM akan melaksanakan PdPR sepanjang tempoh Sidang Kemuncak ASEAN nanti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal sebelum itu menghadiri Majlis Simbolik Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian Seragam Murid di bawah Institusi Pendidikan KPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Ahmad Badawi di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, cadangan kerja dari rumah dan pelaksanaan PdPR semasa Sidang Kemuncak ASEAN pada Mei dan Oktober, akan dibawa ke perhatian Kabinet.

Cadangan berkenaan turut mendapat sokongan Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres).

Cadangan itu susulan masalah trafik yang dihadapi orang ramai di Kuala Lumpur dan Putrajaya, berikutan penutupan jalan semasa lawatan negara Presiden China Xi Jinping, ke Malaysia baru-baru ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya