Arafat nafi dakwaan tunjuk pistol pada pemilihan PKR

Arafat nafi dakwaan tunjuk pistol pada pemilihan PKR

MUHAMAD ARAFAT VARISAI MAHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad menafikan video tular membabitkan dakwaan beliau menunjukkan pistol ketika pemilihan PKR peringkat Cabang Tambun hari ini.

Menurut beliau, tuduhan tersebut adalah satu lagi fitnah yang muncul setiap kali pemilihan parti berlangsung, dengan niat mencemarkan imej dan menggugat peluang politiknya.

“Setiap kali pemilihan, pasti ada yang menyebar fitnah demi kepentingan calon lawan. Rakyat mampu menilai niat sebenar di sebalik dakwaan ini, apatah lagi ia disebar tepat pada hari pengundian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, laporan polis telah dibuat dan beliau telah mengarahkan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit.

Sebelum ini, tular satu video berdurasi 1 minit 5 saat memaparkan seorang lelaki dikenali sebagai Kalai mendakwa Muhamad Arafat mengugut calon dan ahli parti dengan menunjukkan pistol.

Kalai yang mendakwa dirinya calon Timbalan Ketua Cabang Tambun turut mendesak agar tindakan tegas dikenakan terhadap Muhamad Arafat.

Pemilihan kali ini menyaksikan Muhamad Arafat dicabar oleh Shamsul Kamar Ani bagi jawatan Ketua Cabang Tambun. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya