Ar-Rahnu X’Change dan RMS Gold mula beroperasi hari ini

Ar-Rahnu X’Change dan RMS Gold mula beroperasi hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Rakyat merasmikan operasi perniagaan francais Ar-Rahnu X’Change dan RMS Gold bagi cawangan Jalan Kebun, Klang pada hari ini.

Perasmian operasi itu dilakukan melalui Rakyat Management Services Sdn. Bhd. (RMS) yang merupakan subsidiari milik penuh Bank Rakyat.

Pengerusi RMS, Mohd. Jafri Kudus berkata, keputusan untuk membuka perniagaan Ar Rahnu X’Change adalah berdasarkan keyakinan ke atas potensi dan perkembangan perniagaan pajak gadai Islam selain kekukuhan jenama perniagaan francais milik Bank Rakyat.

Beliau berkata, RMS turut menyerahkan beberapa sumbangan bagi manfaat pelbagai tujuan kepada beberapa sekolah dan masjid di sekitar kawasan Jalan Kebun.

“Pembukaan operasi ARX ini juga mampu untuk mengimbangi permintaan dan memenuhi keperluan pasaran perkhidmatan pembiayaan tunai segera ini di sekitar Jalan Kebun dan daerah Klang amnya.

“Industri Ar-Rahnu ini mengalami perkembangan yang sangat positif selain peningkatan tahap kesedaran amat tinggi dalam kalangan masyarakat,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

RMS Gold dilaporkan turut menawarkan alternatif penjualan atas talian yang boleh diakses menerusi laman web rmsgold.com.my. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya