Anwar sahkan sidang khas 5 Mei depan bincang tarif AS

Anwar sahkan sidang khas 5 Mei depan bincang tarif AS

ANWAR Ibrahim ketika menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Madani 2025 JPM di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Satu sidang khas akan diadakan di Dewan Rakyat pada 5 Mei depan bagi membincangkan isu tarif yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) kepada rakan dagang antarabangsa termasuk Malaysia.

Perkara itu disahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ya (mengadakan sidang khas pada 5 Mei),” katanya ringkas ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Difahamkan, satu notis sidang khas itu sudah dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri.

Amerika Syarikat dijangka mengadakan sidang khas pada 5 Mei depan bagi membincangkan isu tarif balas yang dikenakan oleh negara itu terhadap rakan dagangnya.

Difahamkan, sidang khas itu bertujuan memberi ruang kepada Ahli Kongres dari kedua-dua pihak membahaskan isu tarif berkenaan.

Sementara itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dijadualkan mengadakan lawatan kerja ke Washington pada Khamis ini selama dua hari.

Dalam lawatan tersebut, beliau dijangka bertemu dengan Wakil Perdagangan AS (USTR), Katherine Tai dan beberapa pegawai kerajaan lain bagi membincangkan isu tarif balas yang dicadangkan AS terhadap Malaysia.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada 3 April lepas mengumumkan negaranya akan memperkenalkan tarif asas sebanyak 10 peratus kepada semua negara dan duti yang lebih tinggi melibatkan beberapa negara termasuk Malaysia sebanyak 24 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN