‘Anak syurga, Khidir, Abu Bakr seindah namamu’ - Utusan Malaysia

‘Anak syurga, Khidir, Abu Bakr seindah namamu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu seperti memberi bayangan bahawa dua anaknya, Khidir dan Abu Bakr berdepan gangguan spektrum autisme (ASD) atau autisme.

Meskipun tidak memberikan sebarang perincian lanjut, Jep menyifatkan khabar itu merupakan hadiah yang paling bermakna sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-40.

“Genap usiaku yang ke-40 tahun. Baru sahaja tadi aku mendapat hadiah yang membuatkan air mata tak berhenti mengalir.

“Syukur, Alhamdulillah di atas pemberian ini. Ternyata, sangkaan baikku selama beberapa tahun ini akan terus menjadi sangkaan baik sepanjang hidup.

“Akan kujaga amanah ini dengan penuh rasa syukur, cinta, kasih dan sayang. Khidir dan Abu Bakr seindah namamu,” katanya.

Dalam perkongsian tersebut, suami kepada pelakon, Sari Yanti itu turut meninggalkan tanda pagar #AnakAbah, #AnakSyurga dan #Autisme.

Dalam masa sama, Jep turut memuat naik fotonya memeluk dan mencium kedua-dua anak syurganya itu sekaligus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet di ruangan komen.

Malah, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa sebak dan menitipkan kata-kata semangat buat pelawak itu.

Sekadar info, Jep dan Sari telah mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, 7, Muhammad Khidir, 5, dan Abu Bakr, 4.

Sari juga memiliki dua cahaya mata iaitu Barr Al-Aliy, 15, dan Baasit Al-Haq, 14 yang merupakan hasil perkahwinan pertamanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya