Anak cheetah lahir di Zoo Melaka

Anak cheetah lahir di Zoo Melaka

SAPIAH Haron menunjukkan anak cheetah yang berusia 50 hari kini dijaga dengan rapi di Zoo Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Zoo Melaka menerima ahli keluarga baharu dengan kelahiran seekor anak cheetah jantan atau nama saintifiknya acinonyx jubatus, baru-baru ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datin Sapiah Haron berkata, terdapat dua anak cheetah yang dilahirkan, namun seekor daripadanya mati atas faktor kesihatan.

Beliau berkata, dengan kelahiran itu Zoo Melaka bertambah seri menjadikan keseluruhan spesies itu yang berada di sini adalah enam ekor.

“Anak cheetah ini baharu berusia 50 hari dan keadaannya dilaporkan sihat dan dijaga dengan rapi. Satu pertandingan menamakan anak cheetah itu terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dengan menawarkan hadiah menarik kepada pemenang.

“Apabila keadaannya semakin stabil barulah kita akan melepaskan anak cheetah ini bersama ibunya untuk tontonan pengunjung tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri MPHTJ 2025 di sini, semalam.

Tambah Sapiah, Zoo Melaka telah menurunkan harga tiket daripada RM45 kepada RM39.10 untuk dewasa manakala bagi kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas adalah RM19. Harga untuk kanak-kanak sebelum ini RM36.70.

“Kita mula turunkan harga awal Januari tahun ini dan ini bertujuan untuk menarik lebih ramai pengunjung datang ke Zoo Melaka termasuk pelancong luar negara.

“Sejak harga baharu diperkenalkan, sambutan pada dua bulan pertama agak menggalakkan berbanding sepanjang bulan Ramadan. Kita akan lihat balik harga tersebut sehingga hujung tahun ini sama ia akan dikekalkan atau sebaliknya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya