Allahyarham Tun Abdullah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara

Allahyarham Tun Abdullah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara

ALLAHYARHAM TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan  Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara.

Menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM), jenazah akan dibawa ke Masjid Negara, Kuala Lumpur pada pukul 8.00 pagi bagi pengurusan jenazah.

Katanya, penghormatan terakhir akan diadakan di Dewan Solat Utama, Masjid Negara bermula pukul 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

“Jenazah akan disembahyangkan selepas solat zuhur di Masjid Negara dan seterusnya dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.

“Pakaian bagi pelawat lelaki Islam adalah Baju Kebangsaan warna hitam, bersamping hitam tanpa sebarang corak dan bersongkok hitam manakala bagi bukan Islam adalah Lounge Suit gelap.

“Selain itu, pakaian lain yang bersesuaian juga boleh dipakai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JPM turut menetapkan pakaian bagi pelawat wanita Islam adalah baju kurung/kebaya labuh warna gelap dengan selendang/tudung putih.

Bagi bukan Islam pakaian sopan warna gelap dan berselendang putih, namun pakaian lain yang bersesuaian juga boleh dipakai.

“Semua bangunan di dalam jarak radius 2 kilometer daripada Masjid Negara hendaklah mengibarkan Jalur Gemilang separuh tiang sehingga selesai Istiadat Pengebumian,” katanya.

Perdana Menteri ke-5 itu mening­gal dunia pada usia 86 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur malam tadi kira pukul 7.10 malam tadi akibat masalah pernafasan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN