Aktor naik miang ketika sesi fotograf - Utusan Malaysia

Aktor naik miang ketika sesi fotograf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RASA hendak tersedak juga Cik Bunga bila mendapat perkhabaran mengenai seorang aktor terkenal tanah air ini. Iyalah, masa gosip itu diluahkan oleh rakan industri, kita pula tengah ralit makan biskut semperit.

Mana tidaknya mahu tersedak apabila sumber beritahu, aktor berkulit putih mulus ini dengan selambanya mengulang-ulang ayat dia tengah ‘stim’ semasa sedang menjayakan satu sesi fotografi baru-baru ini.

Biar betul? Tanya Cik Bunga pada sumber. Namun kata sumber dia tidak mereka-reka cerita kerana perkara itu memang terjadi di depan matanya.

“Tak faham juga saya Cik Bunga. Entah apa yang aktor itu fikirkan, asyik sebut dia horny depan kekasihnya.

“Tak tahan apa, pandai-pandailah Cik Bunga fikir. Geli kita yang mendengarnya,” kata sumber sambil buat riak wajah meluat.

Cik Bunga pun jadi hilang kata-kata bila dengar sebab rasa macam tidak sesuailah kelakuan begitu apa lagi masa kejadian itu berlaku di bulan Ramadan. Apa yang dia fikirkan? Macam orang yang tiada pedoman pula bercakap begitu.

Cik Bunga tidak rasa dia hendak bergurau sebab menurut sumber, memang nada percakapannya itu macam betu-betul memaknakannya. Habis itu macam mana pula reaksi kekasihnya yang ada di situ?

Kata sumber, memang riak wajah kekasihnya itu pun macam sedang menahan malulah, tetapi terpaksa cover sebab dia pun macam tak sangka si lelaki macam itu di hadapan orang ramai.

Kot iya pun, jagalah sikit kelakuan. Ini mesti tengah di bawah pengaruh sesuatu ini. Aneh-anehlah perangai!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya