PETALING JAYA: “Makan perlahan-lahan macam perempuan dan beradab.”
Demikian teguran pelakon jelita, Nur Fazura ketika melihat tingkah laku anaknya, Nur Fatima Aisya menikmati hidangan berkuah ketika makan di sebuah restoran.
Menerusi video yang tular di TikTok, Fazura turut mengajar puteri kesayangannya itu adab makan dengan tertib supaya kelihatan lebih sopan
“Jangan hirup macam itu, tak boleh kuat-kuat. Kena makan senyap-senyap, tak ada bunyi,” katanya.
Menyedari perkara itu, Fatima turut patuh menerima teguran ibunya untuk makan dengan sopan sekaligus meraih perhatian ramai.
Kagum dengan cara didikan aktres itu, rata-rata warganet memuji sikap Fazura yang tegas menjaga menjaga adab dan etika ketika makan.
“Saya suka ibu bapa yang mendidik anak mereka etika di meja makan seperti ini. Bagus Fazura,” komen seorang netizen.
“Semoga Fatima membesar jadi berkelas seperti ibu awak,” kata seorang netizen.
“Bagus didikan Fazura. Dalam Islam memang tak boleh makan berbunyi,” kata seorang lagi netizen. -UTUSAN