Aisyah Aziz kini sah bergelar isteri abang kepada Haris Ismail - Utusan Malaysia

Aisyah Aziz kini sah bergelar isteri abang kepada Haris Ismail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dalam diam, penyanyi kelahiran Singapura, Aisyah Aziz dikhabarkan telah selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail di Kota Singa itu, hari ini.

Khabar gembira itu juga telah dikongsikan oleh sebuah stesen radio Singapura, Warna 942 dalam satu kenyataan di laman Facebook.

“Alhamdulillah. Kini mereka digelar suami dan isteri. Semoga dapat membina keluarga yang penuh sakinah, mawaddah, ne’mah & rahmah. Insya-Allah,” tulisnya.

Difahamkan, lelaki yang berjaya menambat hati adik kepada penyanyi, Aliff Aziz itu merupakan abang kepada pendakwah selebriti, Haris Ismail atau PU Riz.

Dalam pada itu, majlis resepsi pasangan itu dimaklumkan bakal berlangsung di sebuah lokasi secara tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan terdekat, malam ini.

Pada Februari lalu, penyanyi lagu Pujaanku itu memaklumkan dirinya bakal mengakhiri zaman bujang dalam masa terdekat.

Aisyah dikatakan mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk menjalinkan hubungan mereka selepas pertemuan pertama yang turut ditemani ibu bapanya.

Katanya, sebelum bertemu dengan jejaka itu buat kali pertama dia melakukan solat sunat istikharah agar diberi petunjuk.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya