Aisha Retno digelar ‘Mak Ngah’ - Utusan Malaysia

Aisha Retno digelar ‘Mak Ngah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNGKIN kedengaran agak lucu, tetapi memang itu yang terjadi apabila semakin ramai mula mengangkat bakat penulisan lirik dan gubahan lagu oleh penyanyi dan komposer muda, Aisha Retno sehingga dia digelar dengan panggilan ‘Mak Ngah’.

Kenapa panggilan Mak Ngah? Sebab dia memang seorang makcik kah? Tidak, bukan begitu. Cik Bunga difahamkan, punca Aisha digelar begitu kerana dia dilihat sebagai antara pelapis komposer lagu-lagu kreatif tradisional ala Allahyarham Pak Ngah, yang sangat dihormati sebagai ikon komposer genre begitu semasa hayatnya.

Rasanya tidak keterlaluan pun andai benar orang menggelarkannya begitu sebab buktinya sudah tersedia ada. Aisha banyak mencipta lagu dan sabagai komposer pelapis, dia pun tidak lupa menyelitkan unsur tradisional dalam karyanya.

Contoh terdekat adalah menerusi lagu-lagu raya dan lagu lain yang ada nuansa kreatif seperti itu. Jadi gaya dan lenggok gubahan lagu Aisha itulah yang mengingatkan ramai dengan arwah Pak Ngah.

Macam lagu raya berjudul Raya Nak Ke Mana?, karya itu pun bukan mainan, Biduanita tanah air kita yang nyanyikan, siapa lagi kalau bukan Datuk Seri Siti Nurhaliza! Rasanya, ramai lagi yang lain akan ‘merestui’ dan bersetuju jika Aisha ini kita kekal dengan gelaran ‘Mak Ngah’ itu.

Sekurang-kurangnya ia dapat menaikkan semangat Aisha untuk menghasilkan lebih banyak karya lagu bermutu setanding dengan nukilan dan gubahan Allahyarham Pak Ngah.

Mungkin tiada Pak Ngah dalam versi sosok lelaki, tetapi industri dihadirkan dengan kewujudan komposer berkualiti setara dengan Pak Ngah tetapi dalam versi wanita.

Tak mengapalah, yang penting, bakat-bakat baharu ini kita sokong sebab mereka semua ada potensi sebagai pelapis muzik di masa hadapan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya