Ahli Parlimen Raub antara lima individu dipanggil polis isu kebun Musang King - Utusan Malaysia

 Ahli Parlimen Raub antara lima individu dipanggil polis isu kebun Musang King

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui akan dipanggil polis bagi membantu siasatan kes dakwaan menghalang penjawat awam menjalankan tugas ketika operasi penguatkuasaan kebun durian Musang King di sini, baru-baru ini.

Yu Hui yang juga Penasihat Save Musang King Alliance (Samka) adalah antara lima individu yang dikenal pasti bagi diambil keterangan dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd. Shahril Abd. Rahman berkata, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini, tiga laporan polis  diterima membabitkan operasi tersebut masing-masing daripada pegawai Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP),  polis sendiri dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tetap diteruskan seperti biasa, meskipun berdepan tekanan daripada pihak tertentu.

Terdahulu, media melaporkan terdapat insiden pekebun durian membawa kain rentang dan cuba menghalang laluan pasukan penguat kuasa dalam usaha membantah penebangan pokok durian Musang King mereka.

Namun begitu, keadaan berjaya dikawal dan tiada insiden tidak diingini berlaku.

Sementara itu, kerajaan negeri menegaskan bahawa tindakan menebang kira-kira 200 pokok durian di kawasan Sungai Klau pada 8 April lalu adalah selaras dengan perintah mahkamah dan bukannya satu pencabulan undang-undang.

Kerajaan juga menafikan sebarang dakwaan bahawa tindakan tersebut bersifat zalim, sebaliknya menegaskan ia perlu dilaksanakan demi menjaga kedaulatan undang-undang dan hasil negeri. –  UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya