SUBANG JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke tapak lokasi tragedi kebakaran paip gas Putra Heights, hari ini.
Turut berangkat, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Keberangkatan Seri Paduka disambut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Yang di-Pertuan Agong berkenan menyerahkan sumbangan kepada keluarga terjejas dan melawat Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights bagi meninjau sendiri keadaan mangsa yang dipindahkan.-UTUSAN