9 tahun jadi mangsa keganasan rumah tangga – Linda

9 tahun jadi mangsa keganasan rumah tangga – Linda

LINDA Hashim dan Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Linda Hashim mendedahkan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak 2016.

Menurut Linda atau Norhazlinda Hashim, 41, dia turut mempunyai rekod laporan kesihatan dan laporan polis bagi menguatkan dakwaan.

“Saya ada empat laporan polis dan tiga laporan hospital berhubung kecederaan yang dialami berhubung keganasan rumah tangga.

“Perkara itu pertama kali berlaku pada 2016 dan terakhir kali adalah hari di mana saya keluar dari rumah pada bulan Oktober lalu,” katanya.

Linda mendedahkan perkara itu usai proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, semalam.

Perkara itu turut disahkan oleh peguam yang mewakilinya, Nurul Fadzilah Kamaluddin, selain memaklumkan anak guamnya juga sudah mengemukakan bukti kukuh berkenaan keganasan yang berlaku.

Tambah Linda, dia tidak teragak-agak untuk mendedahkan bukti yang lebih terperinci sekiranya berlaku provokasi daripada pihak suaminya, Beego.

“Saya bukanlah mahu tekankan isu keganasan ini. Ada lagi benda-benda yang lain yang mengganggu saya dan mental saya serta anak-anak. Banyak lagi perkara lain yang saya tidak mahu dedahkan kerana tidak mahu panjangkan cerita.

“Tapi kalau misalnya pihak sana (Beego) mencungkil. Saya tidak teragak-agak untuk dedahkan semua sebab saya sudah lama bertahan. Benda itu kira amaran saya buat dia, dan saya percaya itu juga harapan anak-anak,” jelasnya.

Linda tegas mahu dilepaskan secara baik selain enggan memanjangkan proses perceraian tersebut.

“Saya tidak mahu jadikan kes ini semakin besar sebab menyusahkan kedua-dua pihak. Saya cuma mahu dilepaskan dengan baik.

“Tak payah nak manipulasi. Tak payah nak ‘play victim’. Salah tetap salah. Jangan tegakkan benang yang basah. Kita selesaikan cara baik. Dan kita masih boleh lagi berkeluarga selepas itu,” ujarnya.

Bagaimanapun, Beego mencabar isterinya untuk mengemukakan bukti berhubung kes keganasan rumah tangga seperti yang didakwa oleh aktres itu.

Beego menyifatkan tindakan isterinya itu mengundang persepsi buruk dalam kalangan warganet tatkala mereka sedang berdepan dengan masalah rumah tangga.

“Tindakannya memuat naik gambar muka lebam seakan bermain dengan persepsi orang lain walaupun itu gambar sewaktu menjalani penggambaran drama. Dia tidak perlu provokasi masyarakat dengan perkara itu,” katanya untuk menafikan dakwaan Linda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya