804 calon SPM di Negeri Sembilan dapat semua A

804 calon SPM di Negeri Sembilan dapat semua A

KHALIDAH Omar (tengah) pada sidang akhbar Laporan Keputusan SPM 2024 Negeri Sembilan di Seremban hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 804 orang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di Negeri Sembilan memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Khalidah Omar berkata, daripada jumlah tersebut seramai 24 calon daripada 14,712 calon mencatatkan keputusan cemerlang semua A+.

Menurutnya, berlaku peningkatan seramai 173 calon yang memperoleh keputusan cemerlang tersebut berbanding SPM 2023 iaitu seramai 631 calon.

“Manakala bilangan calon yang memperoleh sekurang-kurangnya kepujian atau gred C dalam semua mata pelajaran adalah seramai 2,305 calon iaitu bersamaan 15.87 peratus pada tahun 2024 berbanding 2,047 calon (14.78 peratus) pada tahun 2023. 

“Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 258 calon (1.09 peratus). Manakala seramai 5,116 calon (35.23 peratus) telah memperoleh sekurang-kurangnya lulus atau gred E semua mata pelajaran yang diduduki pada tahun 2024 berbanding 4,907 calon (35.42 peratus) pada tahun 2023. 

“Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 209 calon (-0.19 peratus) berbanding tahun 2023,” katanya pada sidang akhbar Laporan Keputusan SPM 2024 di Jabatan Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Khalidah berkata Nilai Gred Purata Negeri (GPN) bagi SPM 2024 adalah 4.18 mata berbanding 4.33 mata pada tahun sebelumnya iaitu mengecil 0.15 mata.

Malah menurutnya, pencapaian calon di bandar dan luar bandar juga menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya. 

“Pencapaian calon di bandar meningkat sebanyak 0.17 mata iaitu 4.14 mata pada tahun 2024 berbanding 4.31 mata pada tahun 2023. 

“Pencapaian calon di luar bandar juga meningkat sebanyak 0.12 mata iaitu 4.35 mata pada tahun 2024 berbanding 4.47 mata pada tahun 2023. 

Menurutnya, jurang pencapaian antara calon di bandar dan luar bandar adalah kecil iaitu sebanyak 0.05 mata berbanding 0.07 mata pada tahun 2023.

Khalidah berkata, seramai 13, 713 calon (94.43 peratus ) layak diberikan sijil SPM pada tahun 2024 berbanding 13,008 calon (93.90 peratus) pada tahun 2023 dengan peningkatan sebanyak 0.53 peratus (705 calon).

Menurutnya, 14,552 calon telah hadir daripada keseluruhan calon sekolah KPM di negeri ini iaitu 14,712 calon di mana seramai 190 calon sekolah KPM tidak hadir peperiksaan SPM 2024 berbanding 305 calon pada tahun sebelumnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya