80 peratus penjawat awam di Putrajaya alami masalah berat badan, obes - Utusan Malaysia

80 peratus penjawat awam di Putrajaya alami masalah berat badan, obes

WAN AHMAD Dahlan Abdul Aziz (tengah) menghadiri Sesi Perjumpaan Bersama Pegawai Awam Negeri Perak di Ipoh, Perak hari ini. -UTUSAN/FADZIL ZAINOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kira-kira 80 peratus penjawat awam di Putrajaya mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, perkara itu perlu diambil berat kerana ia memberi kesan kepada tahap kesihatan dan pekerjaan.

“Kebanyakan penduduk Putrajaya ini mempunyai berat badan yang lebih. Jadi disarankan supaya dalam kita sibuk melaksanakan tanggungjawab, penjawat awam jangan lupa menjaga kesihatan,” katanya selepas majlis perjumpaan bersama lebih 1,000 penjawat awam negeri Perak di sini hari ini.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri sendiri mengamalkan gaya hidup sihat seperti senaman dan pemakanan sihat supaya dapat berkhidmat dengan baik.

“Saya terdorong kerana saya tengok Perdana Menteri walaupun dia jauh umurnya daripada saya. Apapun kita laksanakan biar bermula daripada badan yang sihat untuk memastikan pemikiran kita juga boleh menghasilkan idea-idea yang bernas,” katanya.

Sementara itu Wan Ahmad Dahlan berkata, perkara berkaitan program pekerjaan sementara (MySTEP) terletak di bawah tanggungjawab sesebuah kementerian itu sendiri.

“MySTEP di bawah kementerian. Kebenaran diberikan oleh Kementerian Kewangan dan pihak kementerian sendiri yang akan memutuskan. Biar pihak kementerian menyelesaikannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang gesaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Da­­lam Perkhid­matan Awam (CUEPACS) mengenai nasib 18,000 pegawai pemantau harga di bawah program MySTEP ke jawatan tetap atau kontrak.

Mengikut laporan mereka yang berkhidmat di bawah skim itu dikatakan tidak ditawarkan sebarang faedah se­perti cuti rehat, perubatan dan tidak menerima caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Beliau juga berkata, inisiatif hari rehat mingguan (HRM) untuk semua anggota bomba masih di peringkat cadangan dan belum diputuskan lagi.

“Kita baru menerima cadangan tersebut cuma mungkin kerana pihak bomba rasa itu satu keperluan mungkin terawal mengumumkannya. kita akan teliti daripada pihak bomba dan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) jika apa yang dimohon itu ada justifikasinya, ada kewajaran,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya