7,685 ahli PKR Terengganu mengundi hari ini

7,685 ahli PKR Terengganu mengundi hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 7,685 ahli PKR Terengganu yang layak mengundi hari ini menunaikan tanggungjawab mereka untuk pemilihan parti itu di negeri itu.

Pengerusi PKR Terengganu, Ahmad Nazri Mohd Yusof berkata, daripada jumlah itu, Besut merekodkan pengundi tertinggi iaitu 2,428 orang diikuti Kemaman (1,473 orang), Setiu (1,251 orang), Kuala Terengganu (761 orang), Dungun (718 orang), Hulu Terengganu (700 orang) dan Kuala Nerus (354 orang).

Katanya, proses pengundian dijadualkan berakhir pada pukul 5 petang ini melibatkan  tujuh cabang  kecuali Marang yang tidak mengadakan sebarang pemilihan bagi sesi kali ini.

“Seramai 7,240 atau 94.2 peratus ahli memilih kaedah pengundian secara dalam talian. Bakinya iaitu 5.8 peratus pula memilih untuk hadir ke tiga pusat pengundian fizikal yang disediakan di seluruh negeri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya