6,246 calon SPM 2024 tidak hadir peperiksaan, menurun 0.7 peratus berbanding 2023

6,246 calon SPM 2024 tidak hadir peperiksaan, menurun 0.7 peratus berbanding 2023

AZMAN Adnan menunjukkan Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2024 di KPM, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sejumlah 6,246 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 tidak hadir menduduki peperiksaan itu daripada 386,714 calon baharu yang mendaftar sekurang-kurangnya enam mata pelajaran.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan berkata, bagaimanapun jumlah calon tidak hadir itu menurun sebanyak 2,430 calon atau 0.7 peratus berbanding 8,676 calon pada tahun 2023.

Menurut beliau, antara faktor calon tidak hadir menduduki SPM ialah disebabkan bekerja yang meliputi 57.8 peratus kerana tuntutan ekonomi keluarga atau tarikan gaya hidup.

Selain itu, punca lain dikenal pasti ialah menghadapi pelbagai masalah berkaitan keluarga (35.5 peratus) dan masalah kesihatan 4.7 peratus.

“Penurunan calon tidak hadir ini adalah disebabkan usaha-usaha secara berterusan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengatasi isu-isu berkaitan melalui pengaktifan Task Force Intervensi Murid Berisiko yang kita laksanakan di semua negeri, daerah dan sekolah.

“Program-program ziarah cakna untuk membawa kembali anak-anak kita ke sekolah pemantauan harian oleh pihak sekolah dan juga pengesanan awal berkaitan dengan risiko cici anak-anak kita di tingkatan 4,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman keputusan SPM 2024 di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya