586 individu terima tauliah CeIO

586 individu terima tauliah CeIO

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memberi tauliah kepada  586 pegawai daripada sektor awam, syarikat berkepentingan kerajaan (SBK) dan sektor swasta sebagai Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO).

Kesemua mereka diberi tauliah pada Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah Ke-11 Tahun 2025 di Dewan Tun Dr Ismail, World Trade Centre (WTC) di sini hari ini.

Majlis anjuran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dan SPRM turut disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Menurut kenyataan SPRM, semua peserta ditauliahkan selepas berjaya melengkapkan empat modul utama Program CeIO yang dilaksanakan sepanjang tahun 2023 dan 2024.

Modul berkenaan meliputi Pengurusan Integriti dan Perundangan; Pengurusan Aduan, Pengesanan dan Pengesahan serta Tatatertib; Pematuhan, Pengukuhan Integriti dan Tadbir Urus; dan Pembentukan Pelan Integriti serta Pengurusan Risiko Rasuah.

Program CeIO diperkenalkan pada 2010 susulan Arahan Perdana Menteri No. 1 Tahun 2009 bagi memperkasa tadbir urus dan integriti dalam sektor awam, SBK serta swasta dan sehingga kini seramai 2,851 pegawai telah dilatih.

“Pegawai Integriti Bertauliah berperanan merancang, melaksana serta memantau keberkesanan program integriti, di samping menjadi pemangkin kepada pembudayaan kerja berintegriti serta pencegahan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam kalangan penjawat awam,” katanya.

Azam dalam ucaptamannya berkata program CelO bukan sekadar program latihan, tetapi merupakan pelaburan strategik jangka panjang negara dalam membina sistem tatakelola yang telus, beretika dan bebas rasuah. 

“Kejayaan agenda integriti nasional bergantung kepada komitmen menyeluruh daripada semua pihak, termasuk kepimpinan tertinggi, pelaksana dasar dan CelO sebagai pemacu utama budaya integriti dalam organisasi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya