532 calon SPM 2024 Terengganu peroleh semua A - Utusan Malaysia

532 calon SPM 2024 Terengganu peroleh semua A

ROSLI Chik (tengah) dakan sidang akhbar Majlis Pengumuman Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2024 (SPM) di Kuala Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 532 atau 3.19 peratus daripada 18,913 calon di Terengganu yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Rosli Chik berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan seramai 68 calon berbanding 464 orang pada tahun lalu.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 11 calon memperoleh keputusan A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil berbanding lapan calon pada tahun lalu.

“Pencapaian Gred Purata Negeri (GPN) juga semakin baik iaitu 4.31 mata berbanding 4.41 mata pada tahun lalu sekali gus mengatasi 4.49 mata Gred Purata Nasional,” katanya pada majlis pengumuman keputusan SPM 2024 di sini, hari ini.

Rosli berkata, seramai 11,087 daripada 18,913 calon iaitu 66.41 peratus lulus bagi semua mata pelajaran yang diambil.

Katanya,, pencapaian itu lebih baik berbanding 64.03 peratus yang dicapai pada tahun lalu.

“Secara keseluruhannya, 96.67 peratus iaitu 16,139 calon yang menduduki SPM layak menerima sijil SPM,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya