5 warga Malaysia cedera ringan bas pelancong dinaiki kemalangan di Tokyo

5 warga Malaysia cedera ringan bas pelancong dinaiki kemalangan di Tokyo

Dua bas persiaran terbabit dalam kemalangan berhampiran Terowong Kobotoke di Lebuh Raya Chuo, Hachioji, pada sekitar jam 10.15 pagi Sabtu waktu tempatan. - Foto BERNAMA/Kyodo
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo mengesahkan lima orang warganegara Malaysia yang berada di dalam dua buah bas pelancong di Lebuh Raya Chuo, Hachioji, barat Tokyo mengalami kecederaan ringan selepas terbabit kemalangan.

Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan, setelah menerima rawatan dan pemeriksaan kesihatan, mereka telah dibawa pulang ke tempat penginapan mereka.

Katanya, insiden kemalangan tersebut berlaku sekitar pukul 10.15 pagi berhampiran pintu masuk Terowong Kobotoke, membabitkan dua buah bas yang bergerak bersama.

“Bas tersebut membawa sejumlah 47 penumpang, kebanyakannya warga asing, dari Stesen JR Tokyo menuju ke Tasik Kawaguchi di Wilayah Yamanashi.

“Menurut pihak berkuasa tempatan, insiden berlaku apabila salah sebuah bas telah melanggar belakang bas satu lagi,” katanya hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya