5 Artis popular Hollywood pernah dianggap gila - Utusan Malaysia

5 Artis popular Hollywood pernah dianggap gila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

POPULARITI tidak hanya datang dengan hal indah dan kemewahan. Tetapi juga tekanan apabila semua perkara yang dilakukan diperhatikan dan menjadi bahan perbincangan. Hollywood selalu menjadi saksi berapa banyak selebriti yang sangat terkenal berdepan dengan hidup yang berkecamuk dan huru-hara.

Mana tidaknya, sekali anda berada di atas. Maka anda perlu berusaha tiga kali ganda untuk mengekalkan kedudukan. Tidak ramai yang boleh bertahan sehingga ada yang mengambil ‘barang’ terlarang demi mendapatkan ketenangan sementara. Berikut kami senaraikan antara selebriti popular yang pernah dianggap gila oleh masyarakat.

Amanda Bynes

Amanda menjadi sangat popular sejak usia masih muda setelah debut sebagai pelakon cilik menerusi program popular Nickelodeon seperti All That dan The Amanda Show pada awal 2000. Namun, situasinya mula meruncing ketika dia beralih menjadi dewasa apabila dia terlibat dalam beberapa kes undang-undang seperti memandu dalam keadaan mabuk.

Bukan itu sahaja, dia juga mengalami masalah mental seperti bipolar disorder menyebabkannya keluar masuk pusat rawatan. Khabar angin mengatakan dia menjadi begitu kerana tekanan daripada ahli keluarga yang mengerahnya sebagai sumber kewangan.

Britney Spears

Merupakan artis pop paling popular dunia pada era 90-an sehingga 2000. Bagaimanapun dia menerima banyak tekanan dan kritikan daripada khalayak dan media. Selain dakwaan ditekan oleh keluarga, kehidupannya bertambah parah setelah perceraian dan mendapatkan hak penjagaan anak.

Britney mendapat tekanan daripada media dan paparazi yang mengambil gambarnya ketika itu. Dia kemudian melakukan beberapa tindakan ekstrem seperti mencukur kepala dan menyerang kereta paparazi.

Joaquin Phoenix

Pelakon popular yang satu ini menjadi sorotan apabila mula berubah sikap sejak kematian abangnya, River Phoenix menyebabkannya terlibat dengan pengambilan barangan terlarang.

Bukan itu sahaja, dia juga tiba-tiba beralih ke dunia rap dengan lirik-lirik yang mengkritik media menimbulkan kekeliruan orang ramai.

Robert Downey Jr

Robert merupakan selebriti yang melakonkan naskah hebat seperti Sherlock Holmes sehingga Chaplin.

Bagaimanapun dia turut bergelut dengan masalah ketagihan dadah menyebabkannya berulang-alik ke pusat rawatan. Bagaimanapun, dia berjaya mendapatkan hidupnya kembali dengan watak ikonik Iron Man dalam siri Marvel.

Lindsay Lohan

Lindsay adalah pelakon yang sangat popular semasa usia muda terutama dalam filem Mean Girl atau Freaky Friday.

Boleh dikatakan semua generasi muda hari ini menonton cerita romantik yang dilakonkan Lindsay. Dia juga mempunyai sejarah memandu dalam keadaan mabuk dan beberapa kali mengasari paparazi sehingga dianggap sebagai tidak stabil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya