4.5 tan tembikai diagih di Rumah Terbuka UMNO Marang

4.5 tan tembikai diagih di Rumah Terbuka UMNO Marang

NIK Dir Nik Wan Ku menyampaikan tembikai kepada tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Marang di Pulau Kerengga, Marang, Terengganu.  - UTUSAN/ZAID MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Sebanyak 4.5 tan metrik tembikai diagihkan kepada tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Marang di Taman Desa Bayu, Pulau Kerengga di sini, hari ini.  

Tembikai tersebut dibeli daripada petani yang mengusahakan tanaman berkenaan di sekitar Pulau Kerangga di sini.

Ketua UMNO Bahagian Marang, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku berkata, usaha yang diambil itu bertujuan membantu petani  mengatasi masalah lambakan tembikai sehingga menjejaskan pendapatan petani tersebut.

Katanya, peniaga juga terpaksa menjual tembikai dengan harga murah berikutan lambakan buah tersebut di negeri ini sejak Ramadan lalu.

“Setiap tetamu yang hadir di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Marang diberi ‘buah tangan’ sebiji tembikai untuk dibawa pulang,” katanya ketika ditemui pada majlis itu hari ini.

Media sebelum ini melaporkan petani yang mengusahakan tanaman tembikai mengalami kerugian apabila berlaku lambakan dan dijual murah sehingga 50 sen sekilogram. Malah terdapat petani yang terpaksa melelong tembikai dengan harga RM1 sebiji. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya