38,389 siswa baharu daftar UiTM

38,389 siswa baharu daftar UiTM

MOHD. SAZILI Shahibi menyantuni mahasiswa baharu dan ibu bapa yang hadir pada hari pendaftaran masuk UiTM di Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerima kemasukan seramai 38,389 mahasiswa baharu yang mendaftar masuk semalam bagi memulakan pengajian pada sesi akademik Mac 2025.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, Prof. Dr. Mohd. Sazili Shahibi berkata, mereka adalah sebahagian daripada keseluruhan 118,000 mahasiswa yang mendaftar masuk ke kolej kediaman di semua 34 cawangan universiti itu di seluruh negara.

“Pendaftaran selama dua hari (semalam dan hari ini) melibatkan mahasiswa baharu dan lama di semua kampus induk dan cawangan UiTM di seluruh negara.

“Kita menyaksikan proses pendaftaran yang berjalan lancar hasil kerjasama erat antara pihak pengurusan kolej, sukarelawan pelajar serta sokongan teknikal dan logistik daripada jabatan-jabatan terlibat yang bertugas sejak awal pagi,” katanya.

Tambah Mohd. Sazili, mahasiswa baharu dinasihatkan memanfaatkan peluang menimba ilmu di UiTM dengan penuh disiplin dan iltizam, di samping tidak melupakan harapan dan pengorbanan ibu bapa serta keluarga.

Sementara itu, Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib@Sahibuddin menerusi kenyataan mengalu-alukan kepulangan para mahasiswa ke kampus.

“Semester baharu hadir bersama semangat baharu. UiTM sentiasa mendukung aspirasi pelajar untuk cemerlang bukan sahaja dalam akademik, malah turut menyerlah dalam sahsiah dan kepimpinan.

“Kami percaya kehadiran pelajar-pelajar ini akan terus menyemarakkan budaya ilmu di kampus,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya