33 PATI ditahan JIM sekitar Kelantan - Utusan Malaysia

33 PATI ditahan JIM sekitar Kelantan

SEBAHAGIAN PATI yang ditahan JIM Kelantan dalam operasi di sekitar Kelantan semalam.-IHSAN JIM KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan seramai 33 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi di tiga lokasi berasingan iaitu Kota Bharu, Tumpat dan Tanah Merah semalam.

Pengarahnya Mohamed Yusoff Khan Mohd. Hassan berkata, daripada jumlah itu PATI warganegara Bangladesh yang paling ramai ditahan iaitu 20 orang.

“Selebihnya warga Thailand (2), Myanmar (2), China (1), Indonesia (6) dan Nepal (2).

“Lingkungan umur bagi warga asing yang di tahan adalah di antara 18 hingga 58 tahun,”katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Mohamed Yusoff Khan memberitahu, kesemua warga asing itu kini ditahan di Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya