30 murid SK Sendayan terima bantuan raya - Utusan Malaysia

30 murid SK Sendayan terima bantuan raya

30 orang murid, warga pendidik Sekolah Kebangsaan Sendayan mengambil peluang bergambar bersama dengan kakitangan DPEM Daihatsu Perodua Engine Manufacturing selepas menerima bantuan hari raya yang diadakan di Seremban 2 baru baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seramai 30 orang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sendayan, Negeri Sembilan yang terdiri daripada kalangan asnaf dan anak yatim menerima bantuan sempena sambutan hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Menurut Guru Besar, Roswati Yusof , program tanggungjawab khidmat sosial itu mendapat sokongan dan tajaan sepenuhnya daripada syarikat DPEM Daihatsu Perodua Engine Manufacturing.

“Setiap pelajar menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM 100. Malah pihak pengurusan syarikat juga menyediakan sebuah bas khas membawa mereka membeli kelengkapan baju raya bernilai RM 400 setiap seorang di sebuah pusat beli belah di Seremban 2 baru baru ini. “katanya.

Program yang bermula seawal pukul 9 pagi dan berakhir pukul 1 petang turut disertai 20 orang kakitangan syarikat terbabit yang diketuai Pengarah Urusan, Noritaka Murai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN