2,600 Undi Putih Kaum India Kukuh Sokong BN – Saravanan

2,600 Undi Putih Kaum India Kukuh Sokong BN – Saravanan

M.SARAVANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Barisan Nasional (BN) dijangka menerima sokongan padu daripada 2,600 pengundi putih kaum India pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Sabtu ini.

Timbalan Pengerusi BN Tapah, Datuk Seri M. Saravanan berkata, keyakinan itu berasaskan rekod perkhidmatan BN yang konsisten membantu masyarakat India, berbeza dengan pihak lawan yang hanya muncul ketika kempen.

“Sokongan 100 peratus daripada pengundi ini amat penting untuk mengekalkan kerusi dan menambah majoriti. Kita juga sedang hubungi ahli MIC di luar kawasan supaya pulang mengundi,” katanya ketika menghadiri program bersama masyarakat India di Kampung Baru Air Kuning, hari ini.

Hadir sama, calon BN, Dr. Mohamad Yusri Bakir.

Tambah Saravanan, selain 2,600 pengundi putih, terdapat 300 pengundi kelabu dan 700 belum menyatakan pendirian, namun sentimen luar termasuk isu rumah ibadat tidak memberi kesan ketara kepada sokongan mereka.

“Masyarakat di sini kenal siapa yang sentiasa bersama mereka. Isu yang dibawa pihak luar hanya untuk mainkan emosi,” katanya.

PRK DUN Ayer Kuning menyaksikan Mohamad Yusri, 54, yang juga Bekas Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Institut Pendidikan Guru (IPG) menghadapi saingan tiga penjuru dengan calon Perikatan Nasional (PN), Abdul Muhaimin Malek, 44, dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS, 40. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya