2,368 calon SPM Selangor raih semua A, catat lonjakan cemerlang

2,368 calon SPM Selangor raih semua A, catat lonjakan cemerlang

Dr. Jafri Abu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seramai 2,368 calon SPM 2024 di Selangor memperoleh keputusan semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil, menunjukkan peningkatan cemerlang berbanding 2,005 calon pada tahun 2023.

Pengarah Pendidikan Negeri Selangor, Dr. Jafri Abu berkata, seramai 73,799 calon mendaftar menduduki SPM tahun lalu, namun hanya 64,898 calon hadir menduduki sekurang-kurangnya satu mata pelajaran.

“Daripada jumlah itu, 59,403 calon layak menerima sijil, meningkat berbanding 58,082 calon pada 2023,” katanya ketika mengumumkan analisis keputusan SPM 2024 peringkat negeri di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, hari ini.

Tambah beliau, enam mata pelajaran teras mencatat peningkatan dalam Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP), manakala empat mata pelajaran lain turut menunjukkan prestasi lebih baik.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyambut baik pencapaian itu dan menyifatkannya sebagai hasil usaha berterusan pelbagai pihak termasuk inisiatif Tuisyen Rakyat Selangor.

“Buat pertama kali, semua daerah di Selangor mencatatkan Gred Purata Nasional (GPN) bawah lima, satu pencapaian luar biasa.

“Kerajaan negeri akan terus menyokong dan memperluas program Tuisyen Rakyat sebagai usaha membantu lebih ramai pelajar mencapai kecemerlangan akademik,” katanya.

Pencapaian ini sekali gus meletakkan Selangor sebagai antara negeri yang mencatat prestasi terbaik SPM 2024 di peringkat kebangsaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya