2,368 calon SPM di Selangor dapat semua A

2,368 calon SPM di Selangor dapat semua A

JAFRI Abu dan Amirudin Shari ketika sidang akhbar analisis keputusan SPM tahun 2024 peringkat Selangor di pejabat JPN Selangor, Shah Alam, Selangor, hari ini.-UTUSAN/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seramai 2,368 calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu mendapat keputusan semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil mereka.

Pengarah Pendidikan Negeri Selangor, Dr. Jafri Abu berkata, jumlah calon mendapat semua A pada SPM tahun 2024 mencatatkan peningkatan sebanyak 363 orang berbanding tahun 2023, iaitu seramai 2,005 calon.

“Seramai 73,799 calon telah mendaftar untuk menduduki SPM tahun lalu. Bagaimanapun daripada jumlah itu, seramai 64,898 calon yang telah hadir dan menduduki sekurang-kurangnya satu mata pelajaran.

“Apapun, terdapat peningkatan daripada segi jumlah yang hadir menduduki SPM tahun lalu dan kami akan terus berusaha supaya jumlah calon yang menduduki peperiksaan ini pada akan datang terus bertambah,” katanya dalam pengumuman analisis keputusan SPM tahun 2024 peringkat Selangor di pejabat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor di sini, hari ini.

Menurutnya, seramai 59,403 calon SPM tahun 2024 layak menerima sijil berbanding 58,082 calon yang menduduki SPM pada tahun 2023.

Kata Jafri, sebanyak enam mata pelajaran teras yang menunjukkan peningkatan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) dan empat mata pelajaran menunjukkan peningkatan gred.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau gembira dengan pencapaian SPM yang diperoleh di negeri ini, sekaligus mahu pelajar yang menduduki peperiksaan itu pada tahun ini meningkatkan lagi prestasi keseluruhan pencapaian SPM.

“Tadi Jafri memaklumkan bahawa buat kali pertama, semua daerah di Selangor mencatatkan angka purata Gred Purata Nasional (GPN) bawah daripada lima mata. Secara keseluruhan, kita mencatatkan keputusan asas yang baik dan peningkatan jumlah calon yang mendapat semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil mereka.

“Saya melihat program Tuisyen Rakyat yang diperkenalkan kerajaan Selangor sejak beberapa tahun lalu menjadi faktor kepada peningkatan keputusan SPM di negeri ini. Justeru itu, kerajaan negeri akan meneruskan program ini supaya lebih ramai pelajar mendapat keputusan baik dalam peperiksaan ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya