221 mangsa letupan gas Putra Heights mohon lesen, geran milik kenderaan

221 mangsa letupan gas Putra Heights mohon lesen, geran milik kenderaan

AEDY Fadly Ramli (duduk, kiri) semasa menghadiri Majlis Jalinan Muafakat Aidilfitri  di Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan di Panji, Kota Bharu, Kelantan- UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerima sebanyak 221 permohonan daripada mangsa insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Selangor bagi mendapatkan semula dokumen penting mereka secara percuma bermula 3 hingga 6 April lalu.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, ia melibatkan geran pemilikan kenderaan,  lesen memandu kompeten (CDL) dan  permohonan lesen memandu barang (GDL).

“Semua permohonan diproses tanpa dikenakan sebarang bayaran kecuali bagi lima individu yang membuat pembaharuan CDL.

“Bagaimanapun, masih ada segelintir penduduk yang belum berbuat demikian,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Jalinan Muafakat Aidilfitri di Pejabat JPJ Kelantan di Panji di sini, hari ini.

Aedy Fadly berkata, mangsa kejadian itu  yang belum berbuat demikian boleh datang terus ke kaunter JPJ berdekatan atau di Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Katanya, individu itu perlu mengisi dokumen penting dan alamat tempat tinggal terlebih dahulu sebelum menggantikan semula lesen berkenaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya