1,800 Orang Bekerja Sendiri di Kelantan carum Perkeso

Hanya 1,800 orang bekerja sendiri di Kelantan carum Perkeso

NORA Yaacob semasa sidang akhbar pada Majlis Aidilfitri di Pejabat Perkeso, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Hanya 1,800 individu kategori Orang Bekerja Sendiri (OBS) mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri (SKSPS) di negeri ini.

Pengarah Perkeso Kelantan, Nora Yaacob berkata, jumlah itu masih rendah dan berharap lebih ramai individu bekerja sendiri mencarum selepas ini.

Katanya, Perkeso Kelantan menyasarkan sekurang- kurangnya 10,000 OBS mencarum SKSPS setiap tahun.

“Setakat ini, seramai 1,800 OBS mencarum SKSPS dengan pihak Perkeso. Kita yakin jumlah itu akan meningkat sebelum akhir tahun ini. Berdasarkan rekod, seramai 16,000 OBS mencarum SKSPS di Kelantan pada tahun lalu,”katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Aidilfitri di Pejabat Perkeso di sini hari ini.

Nora berkata, menerusi skim tersebut,  kerajaan memberi inisiatif dan peluang kepada OBS apabila hanya perlu membuat bayaran sebanyak RM70 atau 30 peratus manakala 70 peratus lagi ditanggung kerajaan.

Katanya, selain itu, Perkeso melaksanakan Bulan Pemutihan pada bulan ini bagi memberi peluang kepada semua majikan untuk mendatfar dan mencarum kepada pekerja yang digajikan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya