1,500 penyokong iringi calon PN ke pusat penamaan - Utusan Malaysia

1,500 penyokong iringi calon PN ke pusat penamaan

ABD. Muhaimin Malek (tengah) diiringi penyokong PN ke pusat penamaan calon PRK Ayer Kuning di Dewan Merdeka, Tapah hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Kira-kira 1,500 penyokong Perikatan Nasional (PN) mengiringi calon gabungan parti itu pada proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Dewan Merdeka Tapah di sini hari ini.

Calon PN, Abd. Muhaimin Malek, 44, diiringi pemimpin utama gabungan parti itu termasuk Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad.

Yang turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Kesemua mereka berkumpul sejak pukul 7 pagi tadi dan situasi tenang dan terkawal tanpa melibatkan sebarang provokasi.

Proses penamaan calon PRK DUN Ayer Kuning berlangsung hari ini dengan calon Pas Abd. Muhaimin Malek mewakili gabungan PN sementara Barisan Nasional diwakili Dr. Mohamad Yusri Bakir, 54, dan Bawani KS, 40, pula pilihan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang setakat ini melibatkan pertandingan tiga penjuru. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya