15 individu mengaku bersalah beri maklumat palsu sijil lahir, kad pengenalan

15 individu mengaku bersalah beri maklumat palsu sijil lahir, kad pengenalan

14 individu yang didakwa atas pertuduhan pemalsuan dokumen Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) diiring oleh peguatkuasa dari JPN tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 15 individu mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memberikan maklumat palsu kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi tujuan mendapatkan sijil kelahiran dan kad pengenalan.

Kesemua tertuduh yang berusia 50 hingga 70 tahun itu membuat pengakuan salah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan tujuh Majistret yang berasingan. 

Prosiding itu melibatkan Majistret Atiqah Mohamed@Mohamad Saim, Illi Marisqa Khalizan,  MS Arunjothy, Aina Azahra Arifin, Amira Abdul Aziz, Farah Nabihah Muhamad Dan dan S. Mageswary.

Mengikut pertuduhan, 13 tertuduh telah melakukan kesalahan dengan sengaja mengemukakan maklumat palsu semasa membuat permohonan pendaftaran kelahiran menggunakan borang daftar lahir di kaunter JPN sekitar ibu negara dari tahun 2004 hingga 2022. 

Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 36(b) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa kepada hukuman denda tidak melebihi RM2,000 dan penjara selama tempoh 12 bulan atau kedua-duanya. 

Selain itu, empat lagi tertuduh turut mengaku bersalah atas pertuduhan kedua iaitu memohon kad pengenalan 12 tahun menggunakan sijil kelahiran menggunakan dokumen yang mengandungi maklumat palsu.

Kesalahan itu didakwa di bawah Perkara 25(1) (b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya. 

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda kepada semua tertuduh sebanyak RM800 sehingga RM3,000 bagi kedua-dua pertuduhan. 

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan oleh tujuh Pegawai Pendakwa JPN dan semua tertuduh diwakili oleh Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) dan peguam bela persendirian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya