1,089 ketua isi rumah terjejas banjir terima bantuan RM3,000 fasa kedua

1,089 ketua isi rumah terjejas banjir terima bantuan RM3,000 fasa kedua

ONN HAFIZ GHAZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 1,089 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir beberapa minggu lalu, namun tidak mendaftar di pusat pemindahan sementara (PPS), telah menerima bantuan RM3,000 pada fasa kedua. Bantuan berjumlah RM3.26 juta ini mula disalurkan semalam.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, bantuan tersebut disalurkan kepada mangsa yang telah mengemukakan permohonan di enam pejabat daerah sehingga 11 April lalu. 

“Mangsa yang terjejas tetapi tidak mendaftar di PPS masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan bagi pertimbangan bantuan ini sehingga akhir April,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pembayaran bagi fasa ketiga bantuan akan dibuat bulan depan, selepas tarikh tutup permohonan.

Bantuan berkenaan merupakan hasil kerjasama antara kerajaan negeri, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), pihak berkuasa tempatan (PBT), dan Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ). 

“Kerajaan negeri komited untuk membantu mereka yang terkesan akibat bencana ini demi kesejahteraan dan kestabilan hidup rakyat Johor,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya