1,000 penjawat awam jalani proses pusingan kerja

1,000 penjawat awam jalani proses pusingan kerja

WAN Ahmad Dahlan Abdul Aziz (dua dari kanan) menyempurnakan perasmian gazebo dan monumen pada Majlis Penutupan Program Tautan Perdana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) - Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di Sekolah Kebangsaan (SK) Telaga Ara,Gunong ,Kelantan. - UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK:  Kira-kira 1,000 kakitangan kerajaan yang bertugas di kaunter perkhidmatan selesai menjalani proses pusingan kerja bagi fasa pertama yang merupakan antara pendekatan dalam reformasi perkhidmatan awam.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, pelaksanaan pusingan kerja itu membabitkan pelbagai jabatan dan dilakukan dalam beberapa fasa mengikut keperluan.

“Boleh dikatakan hampir 50 peratus sudah melalui pusingan kerja dan sekiranya keadaan memerlukan, fasa kedua dilakukan.

“Ia adalah penting kerana kita tidak mahu seseorang pegawai kerajaan itu berada di sesuatu tempat terlalu lama yang boleh menimbulkan pelbagai isu termasuk ketirisan,” katanya  rselepas Majlis Penutupan Program Tautan Perdana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) – Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di Sekolah Kebangsaan (SK) Telaga Ara,Gunong di sini hari ini.

Wan Ahmad Dahlan berkata, proses pusingan kerja berkenaan tidak boleh dilakukaan secara keseluruhan kerana ia boleh menimbulkan isu dari segi pelaksanaan.

“Kita tidak boleh tukar secara sekal igus, perlu ambil masa kerana mereka perlu memberi tunjuk ajar kepada pegawai baharu. Insya-Allah kita akan melakukannya secara berterusan mengikut keperluan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, JPA diarah meneliti dan melaksanakan pusingan kerja ke atas semua penjawat awam yang berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan kerajaan.

Sementara itu, beliau berkata, tindakan akan diambil terhadap penjawat awam termasuk dibawa ke mesyuarat Lembaga Tatatertib sekiranya menyentuh sensitiviti berkaitan 3R yang merujuk agama, kaum dan institusi raja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya