10 lelaki direman susulan kes gaduh di tapak jual mercun

10 lelaki direman susulan kes gaduh di tapak jual mercun

SAZALEE ADAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Polis menahan 10 lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan membabitkan tapak penjualan mercun dalam kejadian di Sungai Ara, Bayan Lepas di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, semua suspek yang berusia antara 15 tahun hingga 41 tahun itu ditahan tiga hari bermula hari ini di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Terdahulu, beliau berkata, pihaknya telah menerima maklumat mengenai kes pergaduhan itu yang dipercayai berlaku kira-kira pukul 10.15 malam.

“Bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah bersama pasukan polis dari Bayan Lepas ke lokasi kejadian. Siasatan awal mendapati punca kejadian berlaku disebabkan perselisihan faham membabitkan dua premis penjualan mercun di kawasan tersebut,” katanya di sini, hari ini.

Menurut beliau, dengan penangkapan itu, polis menyelesaikan kes tersebut dalam tempoh yang singkat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya