1.2 juta batang rokok seludup dirampas

1.2 juta batang rokok seludup dirampas

ERWAN Shah Soahdi (tengah) menunjukkan sebahagian rokok putih yang dirampas di Pejabat Maritim Malaysia Negeri Kelantan, di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. - UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan menahan seorang lelaki dan merampas 1.2 juta batang rokok seludup bernilai RM888,000 termasuk cukai dalam serbuan di tebing sungai dekat Pengkalan Ekor Pasir, Pasir Mas, dekat sini, kelmarin.

Dalam serbuan pukul 4.45 petang itu, Maritim Malaysia turut merampas tujuh buah kenderaan termasuk dua motosikal yang dipercayai digunakan untuk mengangkut barangan tersebut.

Pengarahnya, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata, APMM pada awalnya mengesan sebuah bot pancung yang bergerak dalam keadaan mencurigakan di muara Sungai Kelantan di daerah berkenaan.

Katanya, bot peronda Maritim Malaysia Kelantan digerakkan ke lokasi tersebut bagaimanapun gagal mengesan apabila pengemudinya sempat meloloskan diri selepas diekori sejauh lebih 14 kilometer dari muara ke kawasan terpencil.

“Semasa mengejar bot itu, anggota bertugas menjumpai longgokan 90 kotak yang berisi rokok seludup di tebing Sungai Pengkalan Ekor Pasir di Tendong.

“Selain itu, lima buah kenderaan iaitu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina, dua buah Perodua Alza, sebuah Proton Exora dan sebuah Perodua Kancil dengan setiap kenderaan tersebut berisi rokok seludup turut ditemukan di kawasan tersebut,” katanya dalam sidangb akhbar di Tok Bali, di sini hari ini.

Katanya, pemeriksaan lanjut di lokasi itu membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 24 tahun yang sedang bersembunyi di kawasan belukar.

“Suspek dipercayai ahli sindiket yang terlibat dengan kegiatan menyeludup rokok-rokok yang bernilai RM96,000 tanpa kiraan cukai. Siasatan lanjut mendapati, kesemua kenderaan yang dirampas menggunakan nombor pendaftaran palsu. Maritim Malaysia Kelantan juga ketika ini sedang mengesan sembilan lagi suspek yang sempat lolos semasa serbuan dijalankan di kawasan tersebut,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya