Zamri Vinoth ditahan di Perlis, disyaki hina agama Hindu

Zamri Vinoth ditahan di Perlis, disyaki hina agama Hindu

ZAMRI VINOTH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan pendakwah bebas, Zamri Vinoth bagi membantu siasatan kerana dipercayai menghina agama dan menggugat ketenteraman awam melalui satu hantaran di platform Facebook.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ia dibuat susulan pihaknya menerima laporan daripada seorang penganggur berusia 62 tahun pada pukul 6.30 petang, semalam.

Katanya, pengadu mendakwa terbaca satu komen di media sosial atas nama Zamri Vinoth mengenai hasil rundingan penempatan semula tapak sebuah kuil di Jalan Munshi Abdullah dekat sini yang berunsur hasutan dan mencemarkan agama Hindu.

“Kita membuka siasatan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998.

“Susulan itu, pihak polis telah menahan lelaki berkenaan (Zamri Vinoth) di Kangar, Perlis hari ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambah Razarudin, polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenama Vivo bagi membantu siasatan.

Jelasnya, tindakan lanjut turut dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berkaitan Facebook milik suspek.

“Suspek akan dibawa ke Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar untuk dibawa reman di Mahkamah Majistret Kangar esok,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya