Zaini Ujang dilantik Pengerusi Majlis MQA

Zaini Ujang dilantik Pengerusi Majlis MQA

ZAINI UJANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Ir Dr. Zaini Ujang dilantik sebagai Pengerusi Majlis Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang baharu.  

Menerusi kenyataan MQA, pelantikan beliau dijangka memperkukuh peranan MQA dalam memastikan standard pendidikan tinggi negara terus berada pada tahap tertinggi.  

“MQA menyatakan keyakinan bahawa kepimpinan Datuk Seri Zaini Ujang akan membawa hala tuju yang lebih mantap bagi memastikan sistem pendidikan tinggi negara kekal berkualiti dan diiktiraf di peringkat antarabangsa,” katanya.

Selepas 37 tahun mencurah bakti dalam perkhidmatan awam, Zaini menamatkan kerjayanya sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi minggu lalu.

Sepanjang tempoh itu, beliau yang juga bekas Naib Canselor termuda pernah menyandang pelbagai jawatan penting dalam sektor pendidikan, tenaga, alam sekitar dan kesihatan, selain dikenali sebagai pakar dalam bidang kejuruteraan alam sekitar.

Zaini, 60, meninggalkan legasi dalam bidang akademik dengan menulis lebih 51 buku, menghasilkan 300 kertas akademik serta lebih 2,000 artikel media massa dan memiliki 21 harta intelek.

Beliau pernah dilantik Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Kementerian Alam Sekitar dan Air.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya