YWM komited tingkatkan kutipan wakaf tunai

YWM komited tingkatkan kutipan wakaf tunai

YAYASAN WAQAF MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) komited untuk meningkatkan kutipan wakaf tunai di negara ini selain membangunkan lebih banyak projek wakaf untuk manfaat masyarakat.

YYM memaklumkan kini telah bekerjasama dengan CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB Islamic) dan Kenanga Investors Berhad (Kenanga) dalam mencipta produk pelaburan berasaskan wakaf.

Selain itu, YWM sudah mewujudkan pelbagai produk wakaf bersandarkan kepada Maqasid Syariah dan menyokong matlamat pembangunan mampan.

“YMW turut mewujudkan pelbagai kaedah perwakafan seperti menggunakan platform digital untuk memudahkan masyarakat berwakaf. 

“Bagi produk pelaburan berasaskan wakaf pula, YWM sudah menerima agihan pendapatan sebanyak RM458,000, di mana RM375,000 daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) Dana Wakaf Al-ikhlas.

“Ia merupakan hasil kerjasama antara YWM dan Permodalan BSN Berhad dan RM83,000 daripada Dana Kenanga Waqf Al-ihsan iaitu kerjasama antara YWM serta Kenanga Investors Berhad,” katanya menerusi kenyataan.

Sementara itu, katanya, Bulan Wakaf yang diperkenalkan pada 2021 adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan dan potensi wakaf dalam pembangunan sosioekonomi ummah.

“Ia juga berperanan membina ekosistem wakaf yang mampan dan holistik dalam menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya