Warga emas, pekerja asing dijumpai mati

Warga emas, pekerja asing dijumpai mati

LEE SWEE SAKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Dua individu dijumpai mati dalam tempoh kurang 10 minit dalam dua situasi berbeza di dua lokasi berasingan di sini, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, kejadian pertama melibatkan seorang warga emas di Air Itam, di sini.

Katanya, wanita berusia 75 tahun itu dipercayai terbunuh selepas terjun dari tingkat 15 Pangsapuri Padang Tembak di situ.

“Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 8.27 malam dan siasatan polis setakat ini mendapati, tiada sebarang unsur jenayah dikesan.

“Hasil bedah siasat pula mengesahkan bahawa kematian berpunca daripada pelbagai kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi dan kes itu telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Swee Sake memberitahu, dalam kes berasingan, seorang pekerja restoran warga asing dijumpai mati dalam keadaan tergantung dalam tandas di sebuah pusat beli-belah di Jalan Gurney, tidak sampai 10 minit daripada kejadian pertama.

Beliau berkata, lelaki berusia 34 tahun itu dijumpai tidak sedarkan diri oleh seorang pegawal keselamatan sebelum perkara tersebut dimaklumkan kepada pihak polis.

Katanya, siasatan mendapati, mangsa dipercayai menggantung diri dengan menggunakan tali sehelai apron di dalam tandas lelaki berkenaan.

“Tiada sebarang unsur jenayah dikesan buat masa ini dan kes itu juga diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya yang memberitahu, satu kertas laporan juga telah dibuka bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya