Warga emas melecur selamatkan geran tanah - Utusan Malaysia

Warga emas melecur selamatkan geran tanah

ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah rumah di Kampung Chempaka, Pengkalan Chepa dekat Kota Bharu, Kelantan. - IHSAN PENDUDUK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang warga emas melecur pada bahagian kaki selepas meredah api untuk menyelamatkan geran tanah ketika rumahnya di Kampung Chempaka, Pengkalan Chepa di sini terbakar, kelmarin.

Kebakaran berlaku kira-kira pukul 4.30 petang semasa Noriah Abdul Rahman, 65, pulang daripada membeli juadah berbuka puasa di kawasan di kampung tersebut.

Jiran mangsa, Norafini Azmi, 36, berkata, salah seorang saudaranya memaklumkan ada mendengar beberapa letupan kecil dan menghidu bau hangit dari rumah warga emas itu.

Katanya, dia yang ketika itu sedang memasak bergegas keluar dan mendapati api sedang marak membakar ruang dapur rumah berkenaan dan hampir merebak ke rumahnya.

“Saya meminta bantuan penduduk kampung memadam kebakaran bagi mengelak merebak ke rumah saya kerana angin ketika itu bertiup kencang. Dengan bantuan adik-beradik dan penduduk kampung yang menggunakan air tangki, api yang marak itu semakin kurang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Norafini berkata, selang beberapa minit kejadian itu, Noriah yang pulang membeli juadah berbuka terkejut dan hampir pengsan selepas melihat rumahnya terbakar.

Menurutnya, warga emas itu terus memasuki rumah untuk menyelamatkan geran tanahnya.

“Ibu saya cuba menghalangnya, namun Noriah tetap masuk ke dalam rumah. Dia dapat mengambil geran tanah itu, namun kakinya melecur terkena api. Difahamkan, kebakaran itu berpunca daripada litar pintas pada peti ais di dalam rumah itu. Noriah kini menumpang di rumah anaknya di Kampung Cherang di sini,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Mahussin Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.56 petang dan seramai 21 pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya