Warga emas maut dilanggar selepas solat tarawih 

Warga emas maut dilanggar selepas solat tarawih 

MOHAMAD Arip maut dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan selepas menunaikan  solat tarawih di Jalan Abdul Rahman, Muar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Seorang warga emas maut dilanggar sebuah kereta yang berjalan kaki dalam perjalanan pulang selepas menunaikan solat tarawih di Jalan Abdul Rahman, di sini semalam.

Mangsa, Mohamad Arip, 82, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dalam kemalangan pukul 9.40 malam itu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa sebuah kereta dipandu seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun dalam perjalanan menghala ke Taman Aman.

“Keretanya kemudian terlanggar seorang pejalan kaki yang melintas secara tiba-tiba, menyebabkan dia tidak sempat mengelak mangsa.

“Akibatnya, mangsa berusia 82 tahun itu tercampak ke cermin hadapan kereta dan terjatuh atas jalan raya. Mangsa yang mengalami kecederaan dalaman disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta tersebut tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya