Warga emas dikhuatiri hilang selepas keluar rumah

Warga emas dikhuatiri hilang selepas keluar rumah

NIZAM MOHAMED MK NOOR MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang warga emas dilaporkan hilang selepas keluar rumah di Kampung Gedebang, Langgar di sini sejak pukul 8 pagi, semalam.

Nizam Mohamed MK Noor Mohamed, 70, dipercayai keluar rumah menaiki motosikal jenis Honda EX5 bernombor pendaftaran KAE8200 tanpa disedari oleh isteri dan anak perempuannya.

Menurut anaknya, Farhana, 40, kehilangan warga emas itu merisaukan mereka sekeluarga apatah lagi dia mengalami masalah kesihatan sejak dua bulan lepas.

“Sudah dua bulan bapa tidak keluar rumah sendirian, selalu berteman kerana dia tidak berapa sihat dan badan lemah. Pada pukul 8 pagi semalam, mak saya sedar dia tiada di rumah dan motosikalnya juga tiada.

“Kami tidak menyangka dia keluar naik motosikal kerana sebelum ini dia tidak pernah berbuat demikian apatah lagi dengan keadaannya yang tidak berapa sihat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Farhana berkata, bapanya juga keluar rumah tanpa membawa sebarang dokumen pengenalan diri atau dompetnya.

“Dia memang keluar sehelai sepinggang sahaja mula-mula kami ingat keluar sekejap tetapi sehingga 2 petang semalam dia tak balik kami sudah risau. Kami sudah membuat laporan polis awal pagi tadi.

“Sesiapa yang terjumpa dengan bapa saya harap dapat telefon sepupu saya, Syed Mohd. Fakhrin Syed Shabthar di talian 019-6008073 atau balai polis berdekatan. Kami sudah cari di merata tempat termasuk hospital,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya