Warga asing mengaku amang seksual kanak-kanak

Warga asing mengaku amang seksual kanak-kanak

KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA LUMPUR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga asing mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak, awal Mac lalu.

 

Tertuduh, Marzuki, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam Bahasa Melayu di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar.

 

“Faham (pertuduhan). Saya mengaku bersalah dan akan bertanggungjawab,” kata lelaki warga Indonesia itu.

 

Mengikut pertuduhan, dia didakwa telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun pada 24 Mac lalu, pukul 10.46 malam di sebuah kuarters institusi pendidikan di Brickfields, di sini.

 

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

 

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Faizah Khalilah Zaberi memohon mahkamah memberikan satu tempoh singkat untuk penyediaan fakta kes dan mengemukakan bahan bukti sebelum hukuman dijatuhkan.

 

Faizah Khalilah juga tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan tertuduh mempunyai satu lagi pertuduhan di bawah Akta Imigresen. 

 

Kes ditetapkan untuk jatuh hukum pada 11 April ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya