Wanita warga asing ditahan, curi barang kemas pempengaruh

Wanita warga asing ditahan, curi barang kemas pempengaruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Polis menahan seorang wanita warga asing yang dipercayai terlibat dalam kes kecurian barangan kemas milik seorang pempengaruh media sosial di Taman Laman Puteri, Nilai.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim, berkata laporan mengenai kejadian itu dibuat oleh seorang wanita berusia 40-an yang juga seorang pempengaruh media sosial pada Jumaat lalu.

Pada pagi hari kejadian, satu klip video tular di media sosial menunjukkan wanita berkenaan mendakwa bahawa barang kemasnya telah dicuri oleh bekas pekerjanya.

“Siasatan awal mendapati tiga jenis barang kemas telah dicuri, iaitu sebentuk cincin dan dua utas rantai leher, dengan jumlah kerugian dianggarkan lebih kurang RM60,000. 

“Suspek utama dipercayai seorang lelaki warga asing yang diupah oleh mangsa untuk melakukan pengubahsuaian rumahnya, namun dia telah melarikan diri sebelum sempat dikesan polis,” katanya kepada pemberita di sini.

Pada Sabtu lalu, sekitar jam 1.15 pagi, polis pergi ke Kampung Bahagia Jiboi, Seremban, untuk mengesan suspek tetapi gagal menemuinya, namun, keesokan harinya sekitar 11.30 malam, polis berjaya menahan seorang wanita warga asing berusia lingkungan 40-an yang dipercayai turut terlibat.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, dengan tiga orang saksi telah dipanggil untuk membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya