Wanita terkejut jumpa bayi ditinggalkan di bangsal kayu

Wanita terkejut jumpa bayi ditinggalkan di bangsal kayu

PEGAWAI perubatan memeriksa bayi yang ditemui penduduk di bangsal kayu di Lorong 1, Taman Semarak Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang wanita menemukan bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan yang  ditinggalkan di bangsal kayu berhadapan rumahnya di Lorong 1, Taman Semarak di sini pagi tadi.

Yeoh Yit Chen, 40, menjumpai bayi tanpa pakaian itu kira-kira pukul 11 pagi yang diletakkan di dalam beg galas separuh terbuka.

“Semakin menghampiri beg itu, semakin kuat saya dengar tangisan dan terkejut mendapati seorang bayi perempuan sedang menangis setelah melihat isi dalam beg itu.

“Ketika itu saya mendapati ada bintik-bintik merah di beberapa bahagian badan dan mukanya sebelum memanggil jiran untuk melihat,” katanya ketika ditemui semalam.

Yit Chen berkata, bayi itu berhenti menangis setelah mereka membuka beg berkenaan sebelum dia segera masuk ke rumah untuk mengambil selimut.

Katanya, setelah mengeluarkan bayi itu daripada beg berkenaan, penduduk menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian tersebut.

“Kemungkinan bayi itu baru saja diletakkan di situ kerana sewaktu saya menyidai baju di ampaian pagi tadi tidak pula mendengar tangisannya.  Kasihan, mungkin dia menangis kesejukan kerana tiada kain membalutnya,” katanya.

Bayi itu kemudian dibawa oleh kakitangan perubatan dengan ambulans ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk pemeriksaan lanjut.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya