Wanita jadi keldai akaun libatkan kerugian lebih RM1 juta ditahan

Wanita jadi keldai akaun libatkan kerugian lebih RM1 juta ditahan

DUA wanita yang ditahan polis kerana dipercayai menjadi keldai akaun kes penipuan dalam talian di Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU : Dua wanita ditahan di Perak selepas dipercayai menjadi keldai akaun dalam dua kes penipuan atas talian yang berbeza sehingga mengakibatkan kerugian lebih RM1 juta kepada mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam, suspek pertama, seorang wanita berusia 55 tahun, ditahan di Kamunting selepas disyaki menjadi ‘keldai akaun’ dalam sindiket penipuan jualan kereta tidak wujud di Facebook.

“Mangsa membuat pembayaran muka berjumlah RM16,164  ke empat akaun bank berbeza sebelum menyedari dirinya ditipu.

“Suspek kedua pula, seorang wanita berusia 53 tahun, ditahan di Tronoh kerana terlibat dalam sindiket penipuan dengan menyamar sebagai pegawai polis dan wakil Shopee.

“Mangsa dikatakan mengalami kerugian kira-kira RM1 juta selepas dipaksa memindahkan wang ke akaun ‘juruaudit’ palsu yang kononnya menyiasat kes berkaitan dirinya,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Sazalee, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Dalam kes berasingan, Sazalee berkata, polis berjaya menumpaskan satu sindiket pecah rumah yang aktif di sekitar Pulau Pinang dan Kedah selepas menahan tujuh individu dalam satu operasi khas yang dijalankan baru-baru ini.

Katanya, kesemua suspek terdiri daripada enam lelaki dan seorang wanita berusia antara 23 hingga 38 tahun dan mereka dipercayai terlibat dalam beberapa kejadian pecah rumah yang dilaporkan sejak Februari lalu.

“Hasil siasatan awal mendapati sindiket ini bergerak secara terancang dan menyasarkan kediaman yang tidak berpenghuni. 

“Dalam serbuan susulan, polis merampas pelbagai barangan dipercayai hasil kegiatan jenayah mereka, termasuk peralatan elektronik, telefon bimbit pelbagai jenama, jam tangan berjenama, kunci kereta dan kasut berjenama,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya